Sunday, October 16, 2011

Sistem kad bas yang menyusahkan

Rata-rata orang yang naik bas itu adalah orang yang miskin. Di Lembah Kelang, nak naik bas kena beli kad, tak boleh bayar tunai. Kad tak ada jual seringgit seringgit, satu kad RM5. Kalau tambang cuma RM1, baki RM4 tak dipulangkan. Kalau tak ada nak guna lagi, hilanglah RM4 itu. Jadilah tauke bas tu makan duit haram. Masa beli kad, kalau nak beli kad RM5, kena guna duit RM5 juga. Kalau guna duit RM10 tak diterima. Kalau tak ada duit cukup, terpaksa turun bas, cari kedai yang nak terima pecahan duit RM10, atau terpaksa beli apa-apa. Masa tu, bas dah jalan, terpaksa tunggu bas seterusnya. Cuba bayangkan, berapa banyak orang yang sumpah seranah tauke bas dan syarikat bas berkenaan ? Dan bayangkan makan duit haram ?

No comments:

Post a Comment

Comments is moderated.