Friday, October 21, 2011

Faedah pinjaman kereta

Kereta yang mahal, faedah pinjaman kereta rendah. Kereta yang murah, faedah pinjaman kereta tinggi. Kita tahu, siapa yang ada kereta mahal, siapa yang ada kereta murah. Yang miskin dimiskinkan lagi.

Loading insuran untuk kereta lama

Rata-rata, kereta lama dimiliki oleh orang yang kurang berada. Bila loading dikenakan, ia menjadikan kadar premium insuran kereta lebih mahal dari kereta yang lebih baru.

Sunday, October 16, 2011

Sistem kad bas yang menyusahkan

Rata-rata orang yang naik bas itu adalah orang yang miskin. Di Lembah Kelang, nak naik bas kena beli kad, tak boleh bayar tunai. Kad tak ada jual seringgit seringgit, satu kad RM5. Kalau tambang cuma RM1, baki RM4 tak dipulangkan. Kalau tak ada nak guna lagi, hilanglah RM4 itu. Jadilah tauke bas tu makan duit haram. Masa beli kad, kalau nak beli kad RM5, kena guna duit RM5 juga. Kalau guna duit RM10 tak diterima. Kalau tak ada duit cukup, terpaksa turun bas, cari kedai yang nak terima pecahan duit RM10, atau terpaksa beli apa-apa. Masa tu, bas dah jalan, terpaksa tunggu bas seterusnya. Cuba bayangkan, berapa banyak orang yang sumpah seranah tauke bas dan syarikat bas berkenaan ? Dan bayangkan makan duit haram ?

Thursday, October 13, 2011

Naik motor dipaksa pasang lampu

Rata-rata, yang naik motor adalah golongan miskin. Bila motor kena pasang lampu sentiasa, cepatlah mentol terbakar dan kena ganti. Kena belanja duit. Kalau nasib tak baik, masa ada pemeriksaan JPJ, lampu motor baru saja rosak dan belum sempat tukar, kena saman sebab tak pasang lampu.

Kemudahan khusus untuk yang banyak duit

... yang tak ada duit tak dapat kemudahan walaupun duit untuk bina kemudahan itu datang dari wang orang ramai.

Faedah pinjaman rumah

Pinjaman kecil, faedah tinggi. Pinjaman besar, faedah rendah

Cara menilai rumah dan tanah

Paksa flet dicat semula

Kereta lama tidak dibenarkan

Kereta-kereta berusia tua hanya mampu dimiliki oleh warga miskin. Cadangan melupuskan kereta lama hanya menyusahkan warga miskin. Cadangan ini tentu dibuat oleh pemimpin yang kaya dan yang mempunyai perasaan perasan kononnya semua rakyat negara ini sudah kaya dan mereka juga ada nafsu mahu semua kelihatan cantik tanpa peduli kepada kesannya psda sebahagian rakyat.

Kenaikan gaji ikut peratus

Akibatnya, yang gaji sudah tinggi dapat kenaikan banyak, yang gaji sedikit dapat kenaikan sikit.