Saturday, July 3, 2021

Nak patuh undang2 perlu pakai duit

Akibatnya :

1. Orang miskin tidak dapat pembelaan sewajarnya.

2. Orang miskin tidak mampu beli barang yang diperlukan oleh undang2. Akibatnya orang miskin akan dikenakan saman atau kompaun.

Wednesday, January 24, 2018

Duit simpanan lama-lama habis oleh caj bank

Jika kita mempunyai wang di akaun simpanan di mana-mana bank di Malaysia, bank tidak akan memberi faedah atas simpanan, sebaliknya bank akan mengenakan caj keatas simpanan kita. Kalau kita tidak top-up akaun simpanan kita, lama-lama duit simpanan kita akan habis dek caj bank.

Friday, August 21, 2015

Pengaruh Rating Agensi keatas kadar faedah pinjaman

Jika satu-satu Rating Agensi seperti Standard and Poor menarafkan sesatu perniagaan itu ia akan mempengaruhi kadar faedah yang dikenakan oleh sesatu bank keatas pernigaan itu jika perniagaan itu meminjam dari bank tersebut. Jika tarafnya rendah maka kadar faedahnya tinggi. Jika tarafnya tinggi maka kadar faedahnya tinggi.

Thursday, October 23, 2014

Kereta lama mahu dilupuskan

Sekarang timbul semula cadangan supaya kereta berusia lebih 20 tahun dilupuskan atau diharamkan dari bergerak di jalanraya. Siapa yang paling terkesan dengan cadangan ini ? TST.

Monday, November 4, 2013

Kurang RM50 tak boleh keluar

Sesetengah bank tidak membenarkan pelanggan yang mempunyai kurang dari RM50 untuk mengeluarkannya melalui mesin ATM. Tentulah kebanyakan yang mempunyai amaun sebanyak itu dari orang yang berpendapatan rendah. Sudahlah susah, disusahkan lagi.

Thursday, March 21, 2013

Bil tertunggak sikit, utiliti kena potong

Orang miskin, kalau tertunggak bil utiliti sikit je, dalam puluhan RM, cepat dapat surat ancaman nak potong bekalan, dan akan betul-betul dipotong bekalan kalau tak bayar, tapi orang kaya tertunggak beratus ribu RM tak pulak dipotong atau liat nak potong bekalan.

Sunday, November 18, 2012

Syarikat insuran tidak menerima nilai kereta yang rendah

Contohnya nilai kereta sebenar mungkin hanya rm2000 kerana ia kereta lama tapi syarikat insuran menilai kereta itu dengan nilai rm10000 menyebabkan pemilik terpaksa membayar premium insuran yang lebih tinggi dari sepatutnya.

Wednesday, October 24, 2012

Bayar denda cepat dapat diskaun lebih banyak

Orang kaya atau miskin sama-sama ada buat salah dan sama-sama kena denda. Sapa bayar denda cepat akan diberi diskaun lebih banyak dari mereka yang bayar denda lambat. Siapa yang kurang mampu bayar denda dengan cepat akibatnya kena bayar denda lebih banyak? orang miskin.

Thursday, June 28, 2012

Harga Petrol Org Kaya Saja YangTurun

Pada 7 Jun 2012 harga RON97 telah diturunkan 10 sen se liter dari RM2.90 ke RM2.80. Tapi ron97 adalah petrol yg diguna oleh sikaya2. So bila harga minyak dunia turun, Gomen bantu orang kaya dulu.

Sunday, December 4, 2011

Cukai airport dinaikkan

Cukai airport nak dinaikkan dengan banyak sedangkan hutang AirAsia kpd MAHB beraus juta lagi dan tidak dikutip sejak bertahun-tahun. Nak kutip dari orang kaya susah. nak kenakan orang ramai, senang.

Hutang Kerajaan kepada EPF di lapukkan

siapakah penyimpan di EPF ? orang makan gaji. orang makan gaji taklah sekaya orang berniaga. Bila hutang kerajaan kpd EPF dilapukkan, siapa yang rugi ?

Friday, November 18, 2011

GST : Yang miskin dimiskinkan lagi ...

Kerajaan BN tahu bahawa GST akan menyebabkan barang naik, sebab itu bercadang mengurangkan cukai perseorangan dan korporat. Kenaikan harga barang akan melibatkan setiap orang, tak kira miskin atau sederhana atau kaya. Bila cukai perseorangan dan korporat dikurangkan, ia hanya menolong orang kaya sahaja. Yang miskin makin dimiskinkan. Pemimpin-pemimpin pun sama macam sesetengah orang juga, tertarik dengan skim-skim yang nampak menarik, tapi kesannya menjahanamkan rakyat dan negara.

Friday, October 21, 2011

Faedah pinjaman kereta

Kereta yang mahal, faedah pinjaman kereta rendah. Kereta yang murah, faedah pinjaman kereta tinggi. Kita tahu, siapa yang ada kereta mahal, siapa yang ada kereta murah. Yang miskin dimiskinkan lagi.

Loading insuran untuk kereta lama

Rata-rata, kereta lama dimiliki oleh orang yang kurang berada. Bila loading dikenakan, ia menjadikan kadar premium insuran kereta lebih mahal dari kereta yang lebih baru.

Sunday, October 16, 2011

Sistem kad bas yang menyusahkan

Rata-rata orang yang naik bas itu adalah orang yang miskin. Di Lembah Kelang, nak naik bas kena beli kad, tak boleh bayar tunai. Kad tak ada jual seringgit seringgit, satu kad RM5. Kalau tambang cuma RM1, baki RM4 tak dipulangkan. Kalau tak ada nak guna lagi, hilanglah RM4 itu. Jadilah tauke bas tu makan duit haram. Masa beli kad, kalau nak beli kad RM5, kena guna duit RM5 juga. Kalau guna duit RM10 tak diterima. Kalau tak ada duit cukup, terpaksa turun bas, cari kedai yang nak terima pecahan duit RM10, atau terpaksa beli apa-apa. Masa tu, bas dah jalan, terpaksa tunggu bas seterusnya. Cuba bayangkan, berapa banyak orang yang sumpah seranah tauke bas dan syarikat bas berkenaan ? Dan bayangkan makan duit haram ?

Thursday, October 13, 2011

Naik motor dipaksa pasang lampu

Rata-rata, yang naik motor adalah golongan miskin. Bila motor kena pasang lampu sentiasa, cepatlah mentol terbakar dan kena ganti. Kena belanja duit. Kalau nasib tak baik, masa ada pemeriksaan JPJ, lampu motor baru saja rosak dan belum sempat tukar, kena saman sebab tak pasang lampu.

Kemudahan khusus untuk yang banyak duit

... yang tak ada duit tak dapat kemudahan walaupun duit untuk bina kemudahan itu datang dari wang orang ramai.

Faedah pinjaman rumah

Pinjaman kecil, faedah tinggi. Pinjaman besar, faedah rendah

Cara menilai rumah dan tanah

Paksa flet dicat semula

Kereta lama tidak dibenarkan

Kereta-kereta berusia tua hanya mampu dimiliki oleh warga miskin. Cadangan melupuskan kereta lama hanya menyusahkan warga miskin. Cadangan ini tentu dibuat oleh pemimpin yang kaya dan yang mempunyai perasaan perasan kononnya semua rakyat negara ini sudah kaya dan mereka juga ada nafsu mahu semua kelihatan cantik tanpa peduli kepada kesannya psda sebahagian rakyat.

Kenaikan gaji ikut peratus

Akibatnya, yang gaji sudah tinggi dapat kenaikan banyak, yang gaji sedikit dapat kenaikan sikit.